Salam Perkenalan & Penghargaan

Assalamualaikum, di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Harris Fadzilah kerana telah banyak menolong dan membimbing saya tentang cara-cara membuat blog. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak SKMM & DIGI kerana telah menganjurkan sebuah pertandingan membuat blog. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan serta ibubapa yang turut memberi dorongan kepada saya, TERIMA KASIH SEMUA...!!!

Wednesday, March 17, 2010




Dengarkan la lagu dari penyanyi luar negara ini...
selamat mendengar...

Harga-Harga Piring Hitam

Bagi harga sekeping piring hitam pula adakalanya kita perlu melihat piring hitam yang original seperti penyanyi-penyanyi terkenal pada tahun 1970-1980-an iaitu Rosemaria 'Jika Kau pergi' (RM150), Rafeah Buang 'Hanya Kau Dan Aku' (RM150), Flybaits 'Kenangan Lalu' (RM90), DJ Dave 'Usah Lagi Bersedih' (RM150) & ramai lagi.

Ori Lp piring hitam Rosemaria 1980

Ori lp piring hitam DJ Dave 1979




Nama-Nama Lain selain Piring Hitam?

Piring hitam (juga dikenali sebagai rekod gramofon, rekod fonograf atau hanya rekod) merujuk kepada kepingan peranti storan bahan audio berekod. Sekiranya dibuat daripada PVC, piring hitam juga dikenali sebagai rekod vinil.

Louis Armstrong - Red cap - Gramofon 1920

Paul Whiteman - Whispering (1920) Phonograph

Tuesday, March 16, 2010

Nama-Nama Lagu Popular Dimainkan Pada Piring Hitam

Antara lagu-lagu yang popular dimainkan piring hitam di Malaysia adalah seperti, P. Ramlee 'Selamat Panjang Umur', Dikir Tak Baik 'Rohaya Anak Baba', Berdendang Ria ' P. Ramlee, Lena Abdullah & Momo Latif, 'Anak Naburju' Emilia Contessa & Broery Marantika feat Trio Ambisi.

Di luar negara juga terdapat lagu-lagu yang popular yang sering diperdengarkan di Malaysia seperti kumpulan Bee Gees 'More Than a Woman', ABBA 'Dancing Queen', tidak lupa juga pada pencipta tarian yang paling popular pada tahun 50-an iaitu John Travolta 'Saturday Night Fever'.

Piring hitam yang amat popular pada tahun 50-an di luar negara

Piring hitam ini pula sangat popular di China iaitu kumpulan 'Under the Lion Rock'






Apakah Piring Hitam?

Piring hitam merupakan satu alat muzik yang amat terkenal pada zaman dahulu.hal ini kerana piring hitam sering dimainkan oleh masyarakat-masyarakat pada tahun 1960-an di Malaysia.
Selain itu , piring hitam juga adalah satu barangan antik pada abad ke-21 ini kerana pada zaman ini piring hitam jarang ditemui atau disimpan oleh sesiapa.

Antara koleksi saya yang disimpan sehingga sekarang

Pemain piring hitam yang masih boleh digunakan sehingga sekarang













Welcome To My Best Blog

Assalamualaikum, & selamat sejahtera kepada tuan-tuan & puan-puan yang sudi melawat laman blog saya. Di sini saya ingin memperkenalkan kepada anda semua tentang koleksi saya iaitu koleksi piring hitam. Piring hitam merupakan barangan antik yang jarang ditemui pada zaman sekarang kerana tidak ramai masyarakat yang masih menyimpan koleksi piring hitam lagi. Ingin tahu lebih lanjut, sila layari laman blog saya (http://www.akudanpiringhitam.blogspot.com) dengan lebih teliti. Terima kasih kerana melawati laman blog saya..& jangan lupa untuk mengUNDI saya...!!!!!